Pernah tular ‘drive’ guna kaki, wanita tanpa kedua-dua tangan selamat bernikah

Pernah tular kerana dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, wanita orang kurang upaya (OKU) Norfarrah Syahirah Shaari selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya Zulfadli Syahrul di Bagan Datuk, Perak semalam.
Menurut laporan mStar, lelaki berusia 33 tahun itu meluahkan kesyukuran atas pernikahan tersebut selepas mereka mengambil masa setahun untuk saling mengenali.
Pernah tular ‘drive’ guna kaki!
Saya akui sebak ketika melafazkan taklik selepas akad nikah. Saya bersyukur kami menjadi suami isteri dan saya anggap dia sebagai jodoh jatuh dari langit,” katanya.
Bercerita tentang detik perkenalan, Zulfadli berkata, dia mula terpikat sebaik menonton salah satu video yang memaparkan Norfarrah di saluran YouTube sebelum menghantar mesej di Instagram dan Facebook.
Posting Komentar untuk "Pernah tular ‘drive’ guna kaki, wanita tanpa kedua-dua tangan selamat bernikah"