Penunggang motosikal rempuh kereta buat U-turn secara tiba2
Penunggang motosikal rempuh kereta buat U-turn secara tiba2

Tular satu rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan seorang wanita maut apabila motosikal ditunggangnya terbakar selepas merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U.
Difahamkan, kejadian berlaku berdekatan Sungai Janggut di Jeram, Kuala Selangor pada 15 Julai lalu menerusi perkongsian di akaun ‘Kau Layan Jela’ di laman Facebook.
Kejadian itu membabitkan mangsa, Siti Nor Manisah Adila Rosdi, 26 yang tidak dapat diselamatkan susulan api marak membakar kedua-dua kenderaan tersebut.
Salah seorang rakan sekerja mangsa, Lynda Hamdan berharap kematian Allahyarham Siti Nor Manisah dibawa ke muka pengadilan sekali gus terbela.
Video Player
00:00
01:00
Posting Komentar untuk "Penunggang motosikal rempuh kereta buat U-turn secara tiba2"